KUALA LUMPUR Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) mengecam suara-suara sumbang dari Pakatan Harapan yang mendesak agar sidang Parlimen dilanjutkan lebih daripada satu hari.
Ketua DPIM, Shahir Adnan menyifatkan desakan sebegini amat pelik kerana berdasarkan rekod kehadiran Ahli Parlimen
Pakatan Harapan pada sidang-sidang Parlimen pada tahun 2018 dan 2019 menunjukkan rekod kehadiran mereka yang sangat teruk.
Menurutnya, jika mereka adalah seorang pelajar, tahap ponteng kelas mereka boleh menyebabkan mereka dibuang daripada kursus dan gagal.
Justeru itu, katanya, DPIM melihat desakan ini adalah desakan politik berkepentingan dan menasihatkan Majlis Presiden Pakatan Harapan lebih peka kepada masalah semasa agar wabak Covid-19 dapat dibendung.
Secara sinis, beliau menyarankan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan menyediakan baju sejuk ketika sidang Parlimen nanti supaya tiada alasan ponteng berulang disebabkan suhu sejuk di Dewan Rakyat.
Malah, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan juga digesa rehat secukupnya sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agar tiada alasan ponteng berulang disebabkan keletihan dan kurang tidur.
Dalam pada itu, katanya, DPIM mengusulkan supaya Speaker mengambil kedatangan setiap ahli Parlimen pada sesi perbahasan kali ini dan seterusnya pada masa akan datang agar dapat diumumkan kepada rakyat setiap kali Dewan Rakyat selesai bersidang. – MalaysiaGazette
Mereka ahli dari PH ni bukanlah cotoh yang baik untuk ditrladani oleh rakyat terutamanya anak anak yang bersekolah.mereka ponteng cakap bohong dan menabur fitnah malah ada kalangan mereka yang nampaknya macam mencuri klepetokrasi dan rasuah juga. Macamketam ajar anaknya berjalan. Bapa kencing berdiri anak kencing berlari. Macam musang berbulu ayam. Macam mengajar itik berenang. Mereka umoama anak buloh betong.