TERKINI : Penduduk PPR ‘Gembira dan Bersyukur’ Adanya Program Ziarah Ramadan MalaysiaGazette

Keceriaan jelas terpancar pada wajah 50 keluarga di PPR Desa Tun Razak selepas menerima bantuan keperluan harian untuk menyambut bulan Ramadan ini.

Bantuan keperluan harian seperti beras, minyak, garam, gula dan bahan makanan lain diserahkan oleh portal berita, MalaysiaGazette bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.