Home Nasional Sultan Kelantan sumbang 2 juta sarung tangan

Sultan Kelantan sumbang 2 juta sarung tangan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba (dua kiri) menerima sumbangan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang), Datuk Takiyuddin Hassan (dua kanan) pada Majlis Penyerahan Kurniaan Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan dua juta sarung tangan getah perubatan untuk digunakan oleh petugas barisan hadapan Covid-19.

Kesemua bantuan itu diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumbangan itu diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Sultan Muhammad V kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu majlis di KKM hari ini.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – MalaysiaGazette