Home Nasional Lapor kepada KPDNHEP jika harga barang naik

Lapor kepada KPDNHEP jika harga barang naik

MGF21042020_TINJAUAN-PASARAYA-NSK-SELAYANG_21-640x427
Gambar Hiasan. foto AFIQ RAZALI, 21 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sekiranya berlaku peningkatan harga barangan sepanjang bulan Ramadan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian selepas memberi jaminan bahawa bekalan keperluan asas sentiasa mencukupi berdasarkan pemantauan terhadap 25 barangan di 1,044 premis perniagaan pada Selasa.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan kerana ianya dijamin mencukupi,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Ismail Sabri, daripada 1,044 premis yang dipantau kementerian itu, 815 adalah peruncit, 198 pemborong dan 31 adalah pengilang. – MalaysiaGazette

f8496aea2de5cbf0a9ead4e9aef3ef6d?s=150&d=mp&r=g
+ posts