Home Politik Parlimen wajib bersidang penuh, gesa Majlis Presiden PH

Parlimen wajib bersidang penuh, gesa Majlis Presiden PH

Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
PRN Johor menjadi ‘makmal’ bagi parti-parti dalam Pakatan Harapan.

KUALA LUMPUR – Sekiranya kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh bermula 29 April ekoran wabak Covid-19, mengapa sidang Dewan Rakyat tidak boleh diteruskan selama dua minggu?

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan bersama berkata, langkah kerajaan itu boleh dipertikaikan biarpun pelaksanaan itu tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan.

“Majlis Presiden berpendirian Parlimen wajib bersidang penuh. SOP yang telah ditetapkan Dewan Rakyat bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan pada 18 Mei membolehkan sidang Parlimen diteruskan selama sekurang-kurangnya dua minggu,” kata tiga Presiden parti gabungan PH antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Majlis Presiden PH turut menggesa agar beberapa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang.

“Ini termasuk secara dalam talian dan dengan jumlah Ahli Parlimen yang berkurangan tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing,” gesa majlis berkenaan.

Justeru itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa memberikan laluan kepada Dewan Rakyat untuk bersidang selama 14 hari.

Ia bagi mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Masalah-masalah Rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan Kerajaan bagi menjamin ketelusan
pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif,” kata majlis itu lagi.

Persidangan 18 Mei depan akan diadakan untuk mengelakkan tempoh enam bulan berlalu tanpa sebarang mesyuarat.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 9 Mac lalu tetapi ini ditunda oleh kerajaan baru Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat terakhir adalah pada 5 Disember tahun lalu.

Semalam, Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan memutuskan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika PKP diberi kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan.

Kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada kewajipan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap bagi sektor masing-masing. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Cukup cukuplah PH ooii. PLP ni sidang satu hari saja nanti bulan jun kan bersidang lagi. Si nuar tak sabar sabar nak jadi PM. Tak kan kot sebab nantj ada kerajaan baru akan naik. Jadi ketua pembangkang entah entah pun tak layak. Rassnya mat sabu Hidup bang matlebih baik kot. Bang mat aje jadi ketua. Ada tokoh jadi PM ke 9. Hidup bang mat.

  2. cukup2 la ph bodo oii..
    dulu bg mcm2 alasan xdtg parlimen,
    skrg da xde kuasa meroyan plak nk dtg parlimen,
    ph bodo hanya tahu menjahanamkan negara,
    syukur la ph bodo da xde kuasa,
    semoga 22 bulan yg ph bodo perintah hanya akan tinggal sbg sejarah hitam negara,
    rakyat pun xnk negara diperintah oleh bodo2 mcm ph bodo

Comments are closed.