TERKINI : KKM Kesan 3 Kluster di Sarawak – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak tiga kluster di Sarawak.

Tiga kluster itu iaitu, kluster persidangan keagamaan di sebuah Gereja di Kuching, Kluster Person Under Investigations (PUI) Itali dan Kluster Hospital Umum Sarawak (HUS) yang melibatkan anggota kesihatan hospital itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kebanyakan kes daripada kluster di HUS itu adalah berkait rapat dengan kluster terbesar di Kuching, iaitu kluster persidangan keagamaan di sebuah Gereja dengan 29 kes atau 51.8 peratus.