TERKINI : ‘Light It Blue’ Cara Wilayah Persekutuan Hargai ‘frontliner’ – Annuar Musa

Apa sahaja yang dilakukan pasukan barisan hadapan khususnya dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sentiasa mendapat perhatian penduduk setempat dalam menangani penularan Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana Wilayah Persekutuan merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai jumlah petugas barisan hadapan paling tertinggi berbanding negeri-negeri lain.