KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, memberi kebenaran untuk sebahagian besar sektor ekonomi mula beroperasi berisiko mewujudkan kluster baharu kes jangkitan Covid-19 secara mendadak.
Dalam masa yang sama situasi ini ujar beliau merisikokan petugas perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab untuk berhadapan dengan situasi peningkatan kes.
Beliau berkata demikian mengulas tentang pengumuman kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Isnin ini.
“Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai?
“Kanada dan Jepun sudah pun berlaku apabila mereka longgarkan lockdown, kes jangkitan meningkat mendadak,” katanya menerusi Facebook.
Mengulas lanjut bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sepatutnya memberi kebenaran pelbagai sektor ekonomi kembali beroperasi secara berperingkat.
Ini kerana, berdasarkan tren semasa yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes jangkitan Covid-19 di kalangan warga tempatan meningkat beberapa hari ini.
“Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?
“Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur ansur. Tak perlu gelojoh sangat. Janganlah sekaligus. Nanti susah nak kawal,” katanya.
Justeru menurutnya, membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial disifatkannya tidak tepat pada masanya, selain akan mencetuskan situasi kelam-kabut dalam kalangan rakyat yang perlu membuat persediaan.
“Dan jikapun nak buka semula, beritahulah awal-awal supaya kita boleh membuat persediaan yang lebih teratur. Ini hari Jumaat beritahu, hari Isnin depan dah perlu kerja. Pulak tu, hari ini adalah hari kelepasan am. Mahu kelam kabut dibuatnya. Perancangan kena betul kerana ia melibatkan rakyat,”katanya lagi.
Beliau juga menyarankan kerajaan pada Isnin ini hanya mengumumkan tempoh persediaan dalam masa seminggu bermula Isnin ini sebelum sektor ekonomi tertentu khususnya restoran dapat memenuhi sepenuhnya aspek pembersihan dan pematuhan SOP sebelum mula beroperasi 12 Mei nanti.
Tempoh itu, tambah beliau lagi, boleh digunakan untuk mendidik rakyat tentang SOP yang perlu dipatuhi dalam masa yang sama mengadaptasi diri dengan norma baharu di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan Covid-19.
“Sebagai contoh, pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur,” ujar Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang merupakan pendekatan ketiga sebagai langkah membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.
Beliau menegaskan, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak Covid-19.-MalaysiaGazette
Betul juga tu. Perancangan akan tidak kemas.
Untuk pengatahuan kamu YB 195thn. Aku redha dituduh. perompak,penyamun,pembunuh. Yang penting. Tuhan mengatahui. Apa yg kita lakukan. Jika setiap perbuatan kita ikhlas. kerana Allah.niat kita nk bantu rakyat yg benar2 memerlukan.bantuan dari kerajaan pusat. terutama B40 juga rakyat yg bersyukur.. bukan niat sy. Jadi menteri kerana nk senang kan keluarga sy & juga sy punya penjilat2. sanggup kita menjadi ahli tetap munafikin.kerana dh jelas ketiga2 tanda ini. Ada pada diri kita.sewaktu diPRU14 lagi. hingga lah.ke hari ini.pun.bolih dikatakan tak henti2 memfitnah dsnr.barsama2 penyukong Yes & penyukong buta hati purut dia.fikir2kan lah YB 195.thn.pekara yg jahat memang sedap.kita lakukan. Selagi tak terantuk.ini bukan fitnah. juga bukan dari jembalang tanah. yg suka cekik org yang amanah..jelas Allah telah pun nyata kan. Sejujurnya sy melihat.ketiga2 tanda org munafik itu..jelas.kamu ada memilikkinya.. bukan senang hendak memilikinya.golongan ini.hanya org tertentu sahaja.yg beruntung menjadi ahli tetap dineraka nanti..Sepatutnya dihujung2 senje ini.. masa kita. Banyak dibuang diatas sejadah. Perbanyakkan meminta ampun & berzikir juga meminta ampun & maaf. Jika ada kesalahan.yg kita lakukan sepanjang hidup. Bukan tempat YB. 195thn. Untuk menambahkan lagi akaun dosa .selalunya selagi dosa.lama tak dihapus.ditambahkan lagi dosa baru.hanya Allah yg mengatahui. Berapa banyak Bonos dosa yg hendak ditambahkan lagi.hanya Allah yg mengatahui.untuk total dosa kita di akhirat nanti.sama2lah kita renung2kan.insyaallah.
Apa yg awak ckp ni..x fhm langsung lah, awak buat cerpen ke sajak
Entah lah..kena covid 19 mungkin si Hashim ni..buduh2.