Home Politik Kelonggaran PKPB satu keputusan yang tepat?

Kelonggaran PKPB satu keputusan yang tepat?

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apakah kelonggaran besar secara serentak bermula Isnin ini satu keputusan kerajaan yang tepat sedangkan tempoh PKP fasa ke-4 akan berakhir 12 Mei depan?

Beliau melihat ia seakan-akan tindakan tergesa-gesa dan apakah kerajaan sudah mempersiapkan segala kelengkapan termasuk test-kit yang mencukupi untuk menangani wabak ini kiranya ia kembali meningkat secara mendadak.

“Moga apa yang berlaku di Kanada dan Jepun sudah dikaji sedalamnya agar pengalaman mereka yang menyaksikan kes jangkitan meningkat mendadak selepas kelonggaran lockdown diberikan tidak diulangi di sini.

“Pandangan saya, nak mula buka ekonomi dan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada masalah, cuma buatlah secara beransur-ansur, tidak sekaligus takut tak terkawal,” katanya melalui hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebaiknya pelaksanaan PKPB biarlah secara berperingkat bkn mendadak, harus juga difikirkan risiko yg bakal kita hadapi jika penyebaran virus C19 ini berulang..seharusnya biarlah wabak ini menurun ke satu tahap yg membolehkan kita mengawalnya dgn selesa agar pihak frontliners x terbeban lg..rakyat juga rasanya blm bersedia melalui “NORMA HIDUP BARU” sprti yg kerajaan sarankan kerana wlpun ianya amat penting namun perlu lebih masa utk rakyat “ADAPT” perubahan ini. TAK PERLU TERGESA GESA KELAK NANTI KITA YANG RUGI

Comments are closed.