Home Sukan EPL bertegas mahu tamatkan musim walaupun bimbang Covid-19

EPL bertegas mahu tamatkan musim walaupun bimbang Covid-19

Liga Perdana Inggeris
Liga Perdana Inggeris

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bertegas mahu menamatkan musim 2019/20 meskipun terdapat kebimbangan dalam kalangan pemain terhadap penularan wabak Covid-19.

Langkah tersebut mahu diambil kerana jika tidak semua kelab akan berdepan kerugian sebanyak £1 bilion (RM5.37 bilion) jika saingan tidak disambung.

Bagaimanapun liga itu berdepan masalah logistik yang besar jika tetap berhasrat untuk menyambung saingan.

Perkara itu disedari dalam mesyuarat yang diadakan oleh Penganjur liga dan kelab berhubung sebarang kemungkinan jika saingan EPL diteruskan.

Liga berkenaan dilapor sudah memberitahu kepada semua kelab bahawa aksi haruslah dilangsungkan di 10 gelanggang neutral untuk melengkapkan saingan musim berkenaan.

Kerajaan Britain akan menimbang semula perintah berkurung 7 Mei depan dan Perdana Menteri, Boris Johnson berjanji pada Khamis lalu akan menyediakan garis panduan ke arah memperlongarkan larangan.

Liverpool begitu hampir untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan liga apabila mendahului saingan dengan kelebihan 25 mata. – MalaysiaGazette