Home Utama ‘Kembalikan’ Pasar Borong KL kepada rakyat Malaysia

‘Kembalikan’ Pasar Borong KL kepada rakyat Malaysia

Warga asing beratur panjang sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Pendedahan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran baru-baru ini tentang kerugian ditanggung industri keselamatan makanan berikutan penutupan Pasar Borong Kuala Lumpur mengakibatkan kerugian RM1bilion mencetuskan kebimbangan ramai.

Malah apa yang jauh lebih merunsingkan kehadiran etnik Rohingnya yang mendominasi pasar borong itu juga antara punca mengapa negara kini berdepan dengan kerugian selepas kerajaan bertindak ‘mengurung’ mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara, sememangnya pihaknya mengakui kehadiran etnik Rohingnya ramai sehingga mencecah hampir 15,000 di Kuala Lumpur khasnya Pasar Borong KL.

Edmund Santhara juga memberi bayangan Pasar Borong KL sebenarnya tidak ubah seperti ‘Kolkata’ malah lebih buruk daripadanya kerana dibanjiri oleh warga asing hampir 99 peratusnya adalah etnik Rohingnya.

Kumpulan itu juga telah ‘berjaya’ mendominasi lokasi seperti Pasar Borong KL dan Selayang sejak 10 tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan rata-rata warga tempatan sudah tidak ada ‘tempat’ lagi

“Pengamatan dan kebimbangan yang dicetuskan oleh Tan Sri Vigneswaran itu sebenarnya sangat bernas dan tepat sekali. Pasar Borong KL adalah central distribution hub untuk pasar-pasar lain bukan sahaja di sini sebalik Semenanjung Malaysia.

“Bukan sahaja hasil tempatan sampai ke sini sebelum diagih edar keluar keluar, hasil negara luar termasuk makanan laut, buah-buahan dan lain-lain dari Indonesia, Thailand sampai ke pasar ini sebelum diedarkan kepada pihak lain.

“Ini adalah lokasi utama pemborongan, pengedaran penjualan dan sebagainya. Semuanya akan ambil bahan-bahan dari sini, sekiranya tidak beroperasi walaupun seharinya semua pihak akan terjejas bukan sekadar pembeli sahaja tetapi semua pihak dari konsortium, pemborong sehinggalah pemandu lori.

“Ramai lagi sebenarnya terjejas ratanya rakyat tempatan.

Temubual eksklusif bersama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid- 19 di Menara DBKL, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 30 APRIL 2020

“Aspek kebersihan tidak perlu cakaplah, mungkin Kalkota jauh lebih bersih. DBKL sendiri bertungkus lumus selesai isu kebersihan namun jumlah mereka terlalu ramai malah deretan rumah kedai juga di dominasi oleh mereka.

“Seandainya kumpulan ini tidak mahu bekerja atau mogok, pastinya industri ini juga lumpuh dan mengakibatkan pelbagai permasalahan lain. Di Wilayah Persekutuan sendiri, kita ada 15 pasar kecil dan besar yang bergantung kepada Pasar Borong, belum bercakap tempat lain.

“Secara kolektifnya, pasar ini bukan sahaja menjana bilion tetapi sebenarnya beroperas 24 jam sehari. Jika tiada operasi, bukan sahaja harga melambung tetapi banyak juga masalah lain kita perlu hadapi termasuk kos sara hidup meningkat, hilang sumber pendapatan masalah sosial juga hilang sumber makanan berzat,” katanya dalam temuramah eksklusif MalaysiaGazette baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika memulakan bicara berhubung Pasar Borong KL dengan lambakan warga asing khanys Rohingnya yang akhirnya memberikan kesan teruk kepada industri keselamatan makanan di negara.

Gara-gara warga asing, industri keselamatan makanan rugi RM1 bilion? – Vigneswaran

Kata Edmund, antara punca mengapa Pasar Borong KL menjadi ‘lubuk emas’ kepada etnik Rohingnya dan warga asing adalah keupayaan mereka menjadi ‘teksi manusia’ yang mampu menolak, mengangkat kotak-kotak sehingga 100 kilogram (kg) ada juga 200 kg.

Kumpulan itu juga ‘sanggup’ bekerja berpuluh-puluh jam lamanya malah ‘tahan lasak’.

Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan warga asing yang bekerja membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

“Jika di luar negara seperti Jepun dan lain-lain, semuanya sudah canggih. Mereka menggunakan forklift dan mesin moden bagi mengangkut dan menolak barangan seperti kotak-kotak, di sini ianya masih lagi manual kerana adanya perkhidmatan teksi manusia ini.

“Negara luar ada peraturan, lebih 25 kg tidak boleh diangkat. Ada negara letak lebih rendah dengan alasan tidak mahu cederakan tulang belakang yang mengangkat barang. Di Malaysia, walaupun mungkin ada peruntukan-peruntukan tetapi tidak ada penguatkuasaan.

“Alasan itu pula tidak boleh gunakan langsung kononnya warga asing boleh mengangkut lebih 100 kg manakala rakyat tempatan hanya sekadar 25 kg jadinya warga asing jauh lebih efisien bagi perniagaan ini.

“Kita juga ada desakan dari segelintir pihak mahu terus menggunakan tenaga kerja warga asing berbanding rakyat tempatan walaupun tidak ada dokumen. Desakan ini juga lantang, berulang kali.

“Saya sendiri telah berjumpa dengan persatuan pemborong, mendapatkan pandangan mereka, rintihan serta cadangan mereka. Hasil perbincangan itu juga sebenarnya menunjukan ramai dalam kalangan mereka mengambil rakyat Malaysia bekerja jika boleh, sanggup bayar RM2,200 tidak termasuk over time dan sebagainya.

“Tetapi pemborong-pemborong juga memberitahu alasan yang diberikan oleh warga tempatan, rata-ratanya tidak mampu mengambil barangan berat. Saya cadangkan untuk mereka melabur untuk membeli peralatan canggih seperti negara lain. Pastinya mampu.

“Ini adalah perancangan jangka pendek kerajaan dengan pemain industri utama ini, cuba mengambil seramai mungkin rakyat tempatan, beri peluang kepada belia serta bumiputra rakyat tempatan berniaga dan bekerja. Kita sedang mengadakan perbincangan ‘agresif’ ketika ini.

“Tentukan peraturan kerja, kontrak betul, gaji bulanan serta tambahan selain tambahan elaun lain yang memerlukan tenaga mereka diperlukan untuk tempoh lebih lama, pastinya ramai yang hendak,” ujarnya.

Kata Edmund lagi, untuk jangka masa panjang pula pihaknya sedang melakukan perancangan untuk ‘penempatan semula’ lokasi Pasar Borong KL ke tempat lain selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk rancangan ini dijadikan realiti bukan sahaja kerana mahu menangani kebanjiran serta dominasi warga asing khasnya Rohingnya di Pasar Borong KL sebaliknya menyelamatkan industri keselamatan makanan dari terus mengalami kerugian berbilion.

“Rintihan dan suara hati rakyat Malaysia amat jelas, mereka hendak matlamat asal Pasar Borong ini kembali berlandaskan matlamat asal. Kembalikan semula ianya kepada rakyat kita sendiri.

“Ketika ini juga wujud pelbagai persespsi malah warga asing khasnya Rohingya ini bersama-sama beberapa taukeh besar warga tempatan telah wujudkan ‘kartel’ di sini. Orang biasa langsung tidak boleh berniaga lagi. Tidak cukup dengan itu, kita juga ada masalah-masalah seperti gangsterisma dan sebagainya. Semua perlu dihentikan.

“Kita akan mula merancang idea pindahkan pasar ini keluar ke tempat lain. Satu konsep pasar baharu yang jauh lebih terancang dan moden. Adanya sistem dan peralatan canggih, mungkin juga kita perlu banyak gunakan tenaga kerja warga asing atau Rohingnya.

“Kita akan lakukan ini selepas tamatnya PKP, selepas menangani pandemik Covid-19 secara perlahan-lahan, ini boleh menjadi realiti,” tegasnya. –MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Dunia sudah ke arah Industri 4.0, sebagai negara menuju ke arah negara maju, penggunaan teknologi perlu diserapkan, apa guna hendak cipta kereta terbang kalau pasar borang masih lagi tidak boleh di canggihkan. Sayang bapa tranformasi sudah bersara.

  2. Jangan sekadar cakap je YB.
    Sudah lama perkara ni berlanjutan..bukan saha di kl.
    Memang ada gangster2 yg terbabit tapi jgn lupa tgk2 wajib diblkg mereka. Mane mungkin tiada tindakan..mane pergi dbkl, polis n terutama sekali imigresen..
    Semua tutup mata sejuk saku..inilah realiti

  3. TSAM bukan calang orang, tesis pun wat pasal Kg Baru. KL kota taraf dunia. Perancang DBKL pun mesti kelas dunia. Pasar Borong kelas lebih teruk dr kalkota. DBKL budget pai billion, buat cara korporat sikit jgn wat style lama. TBS leh wat, TB Gombak leh wat, wat lah style GLC.. jgn swastakn nnti untung ckp org lain amik, geng2 penyamun malaunta, politik kapitalis tunggu jetu. Apa salah mintk nasiht tsujiki, frementle ke sape2, tapi hasil kita mesti lebih baik. mungkin FAMA, Felda, LKIM, Koperasi2 leh duk sama. Mungkin IKS leh diwujudkn sekali, mana tau ada yg nak repack as produk Malaysia, Halal utk seluruh dunia.. ingt sikitlah sape pemborong tu, org kita kat mana.. pandangan je ni..

  4. hantar balik…. hantar balik…. hantar balik…

    hantar mereka ke PULAU BHASAN CHAR….

Comments are closed.