Home Dunia Kim Jong Un hadir pada perasmian kilang baja

Kim Jong Un hadir pada perasmian kilang baja

PYONGYANG – Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Jumaat menghadiri upacara memotong reben sebuah kilang baja fosfat, lapor agensi berita Xinhua, memetik agensi berita pusat Korea pada Sabtu.

“Semua yang hadir dalam acara itu bersorak ‘hore!’.

Perasmian Kilang Baja Fosfat Sunchon, diadakan pada Hari Pekerja yang disambut di seluruh dunia.

Pada upacara itu, Kim turut meluangkan masa melawat beberapa kawasan yang terdapat di kilang berkenaan.

Kim diiringi kakaknya Kim Yo Jong serta beberapa pegawai kanan lain.

Ia penampilan pertama pemimpin itu sejak lebih 20 hari tidak muncul di khalayak.- BERNAMA