Home Dunia China rekod 2 kes jangkitan baharu Covid-19

China rekod 2 kes jangkitan baharu Covid-19

Gambar hiasan

HONG KONG – China melaporkan dua kes koronavirus baharu semalam, naik satu kes berbanding sehari sebelumnya.

Satu kes diimport dan satu lagi adalah tempatan, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Pada 1 Mei lalu, China sifar kes jangkitan domestik.

NHC juga melaporkan 12 kes tanpa gejala setakat semalam, menurun dari 20 hari sebelumnya.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di China setakat ini ialah 82,877 kes.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan menjadikan angka maut akibat Covid-19 di China kekal kepada 4.633 orang. – MalaysiaGazette

+ posts