Home Ekonomi RTS: Perbincangan dilanjutkan

RTS: Perbincangan dilanjutkan

Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai perjanjian dua hala projek Projek Sistem Transit Rapid (RTS) membabitkan Malaysia dan Singapura dilanjutkan hingga 31 Julai iaitu tiga bulan selepas tarikh yang sepatutnya dimuktamadkan sebelum ini, 30 April lalu.

Lanjutan itu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan di Malaysia, selain krisis pandemik Covid-19 yang dialami kedua-dua negara.

”Memandangkan PKP sedang dikuatkuasakan di Malaysia dan Langkah Pemutus Litar di Singapura, maka perbincangan dua hala mengenai RTS antara Johor Bahru dan Singapura turut terkesan.

”Saya telah membincangkan status perjanjian dua hala ini secara terperinci dan berterusan dengan rakan sejawatan saya dari Singapura, Yang Berhormat Khaw Boon Wan,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menurutnya, kedua-dua negara Malaysia dan Singapura yakin perbincangan yang mungkin akan dilakukan secara televideo sekiranya perlu dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan akan datang sehingga projek RTS ini dapat diteruskan. – MalaysiaGazette