Home Foto Pilihan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Foto Pilihan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) By Syafiq Ambak - 3 May 2020 Dua orang pekerja sebuah restoran nasi kandar mengukur jarak antara meja seperti yang disarankan oleh kerajaan iaitu sekurang-kurangnya dua meter sebagai jarak sosial seperti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 4 Mei ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Restoran Nasi Kandar Pelita, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 MEI 2020. Seorang pekerja sebuah restoran nasi kandar dilihat menyusun meja makan seperti yang disarankan oleh kerajaan iaitu sekurang-kurangnya dua meter sebagai jarak sosial seperti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 4 Mei ini semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Restoran Nasi Kandar Pelita, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 MEI 2020. Pekerja mengangkat meja dan kerusi bagi membuat persediaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok di Restoran Ali Maju Cafe, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 MEI 2020