Home Utama Walaupun sudah minta maaf, hati penjawat awam tercalar

Walaupun sudah minta maaf, hati penjawat awam tercalar

Azih Muda

KUALA LUMPUR – Tokoh-tokoh dan ahli-ahli perniagaan yang berjaya di negara ini diingatkan tidak mudah terlepas mulut apabila membuat kenyataan membabitkan penjawat awam bagi mengelakkan tercetusnya rasa ketidakharmonian.

Ini kerana, hubungan baik dan erat antara sektor awam dan swasta selama ini berjalan dengan baik sebagai satu pasukan yang terlibat dalam membangunkan negara.

Oleh itu, jangan sesekali merobek hubungan baik ini kerana hendak merosakkannya mudah tetapi untuk membina semula adalah sukar.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Penguasa Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia, Datuk Azih Muda berkata, kelompok itu jangan lupa penjawat-penjawat awam adalah golongan yang berada di belakang tabir kerajaan yang banyak membantu mereka secara langsung dan tidak langsung sehingga diangkat pada kedudukan sekarang.

“Mereka ini bukan ‘terus terbang dari bawah ke atas’. Mereka berjaya dengan bantuan kerajaan dan kakitangan awam.

”Sebenarnya saya secara peribadi amat kesal dengan kata-kata yang dilemparkan mengenai penjawat awam oleh beberapa ahli perniagaan berjaya, seolah-olah kakitangan awam ini tidak ada peranan langsung.

“Mereka langsung tidak berfikir tentang implikasi kata-kata mereka yang boleh mengguris hati penjawat awam. Betullah selepas cakap lepas, mereka memohon maaf tetapi hati kami tercalar,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lantaran itu, Azih meminta peneraju-peneraju perniagaan bersikap matang dan berhati-hati apabila melontarkan pandangan berkaitan penjawat awam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan SM Datuk Faisal SM Nasimuddin yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penjawat awam dan ahli politik yang memperoleh gaji seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sementara ada pihak yang terpaksa menutup perniagaan mereka.

”Kerajaan menutup kemampuan anda dari memperoleh pendapatan dan menyekat kebebasan anda, tetapi setiap penjawat awam dan ahli politik masih menerima gaji seperti biasa. Dan ia menggunakan wang anda (cukai). Apa kata anda?”

Kenyataan Faisal itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penjawat awam sehingga mendorongnya memohon maaf.

Terdahulu, Pengarah Urusan Mydin Holdings, Datuk Ameer Mydin Mydin mempersoalkan bagaimanakah penurunan cukai dan kejatuhan harga eksport komoditi utama akan membolehkan kerajaan terus mengekalkan gaji pegawai awam.

Taikun peruncitan itu berkata, banyak industri terpaksa mengambil langkah drastik, termasuk memberhentikan pekerja, tetapi ini tidak berlaku dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam walaupun gaji anggota Kabinet dipotong 2 bulan.

Azih yang mengulas kenyataan tersebut berkata, jangan ‘pukul’ sama rata penjawat awam secara sesuka hati.

Ini kerana, ada sebahagian penjawat awam masih dalam kategori B40, yang juga terpaksa melakukan dua, tiga kerja untuk kelangsungan hidup mereka.

Meskipun, bukan semua kehidupan mereka mewah tetapi itu bukan sebab untuk ahli-ahli perniagaan yang berjaya memandang remeh terhadap penjawat awam.

”Susah-susah kami, kami tidak merintih, tidak memandang rendah pada pekerja lain.

”Saya harap mereka yang terlibat jagalah tutur kata kerana kedudukan penjawat awam ini luas. Kami terdiri daripada pekerja biasa hinggalah ke peringkat pembuat dasar.

“Oleh itu, hormati peranan kami, jangan lupa pengorbanan penjawat awam yang susah senang dengan kerajaan dalam apa pun situasi melanda negara.- MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Mamat mcn tu..ckp mcn tamil..ingat ko kaya raya siapa yg kayakn ko bro..ko tak pyh nk bgga lh sgt, brng pasaran ko cap ayam lh..hnya bngla je beli nya…

  2. Manusia jenis tak sedar diri…bisnes pun bergantung kpd AP import yg diberikan oleh kerajaan & dibantu oleh kakitangan awam di MITI…tanpa AP import korang adik beradik tak kan jd kaya dah..pi mampus lah dgn Naza ni…

  3. Itulah mentaliti penjilat .
    Kena lah fikir juga jutaan yg bekerja sendiri.
    Mereka juga menyumbang pada pembangunan negara.

    Masalah nya yg bekerja sendiri @ gaji harian lagi lah masalah dgn pkp.

    Ramai yg terputus bekalan makanan.

    Sbb tak duit@pendapatan.

    Sepatutnya yg ada pendapatan tu memberi kepada yg tak ada.

  4. boikot jek mana2 yg mulut mcm cilaka,
    set2 nie konon berjaya atas usaha sendiri la,
    dieorg ingat penjawat awam semua kaya raya,
    dieorg ingat cukai yg dieorg bayo beso sgt ke??
    maydin ke,jekel ke,boikot jek,
    biar dieorg tahu langit tinggi ke rendah bila yg hidup xbape senang nie xsupport bisnes dierog,

  5. Diorg ingat diorg saje ker yg bayar cukai..itu pun tah telus ker tidak , mana kita tahu , tp PA X boleh nk kelentong weyyy tokey mulut longkang.. semua rekod kewangan PA ada pada LHDN..n PA lah pelanggan setia korang , X sedar ker

  6. Jangan terlalu TAKABUR dgn pckpn anda itu…
    Tunggu lah slps ini nanti…tindak balas dr semua penjawat di malaysia ini pula dgn perniagaan kamu semua itu..

  7. SM Faizal dan Ameer Mydin JANGAN lah sombong dan angkuh, anda berjaya ke tahap hari adalah krn sumbangan dari kalangan penjawat awam. Mereka berbelanja di gedung2 anda dan membeli kereta2 yg dipasarkan oleh syarikat anda. Oleh itu, janganlah bongkak setelah anda sudah menjadi “JUTAWAN” sebelum ini pelbagai cara dan kaedah anda gunakan untuk menarik kakitangan awam untk berbelanja di gedung dan syarikat anda! Anda menghantar juru2 jual anda ke tempat2 kerja penjawat awam, mengedarkan pamplet2 serta fliers ke jabatan2 bagi menarik mereka ini ke gedung dan syarikat pengedaran anda! Itu di awal penceburan anda dlm perniagaan ttp kini setelah perniagaan anda berkembang pesat sehingga anda sudah bergelar jutawan serta mendapat gelaran DATUK anda sombong, bongkak dan riak! Anda lupa anda berada di tempat anda kini krn pejawat awam yg anda kutuk inilah penyebabnya. Sedarlah diri harta kekayaan anda boleh sj lenyap bila2 masa seandainya sifat anda begini. Doa dan permintaan dr mereka yg di hina Allah tidak menolaknya mentah2. Ingatlah berjuta doa dr mereka yg terguris dgn “penghinaan” anda itu!

Comments are closed.