Home Ekonomi Harga minyak mentah jatuh semula

Harga minyak mentah jatuh semula

Gambar hiasan

MELBOURNE – Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) jatuh lebih dari 5% pada awal perdagangan pada hari Isnin, mengatasi kenaikan minggu lalu.

Kejatuhan itu berikutan kebimbangan kelebihan bekalan minyak dan harapan lemah pemulihan ekonomi walaupun sekatan perjalanan di beberapa negeri dan bandar di AS serta seluruh dunia dilonggarkan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh serendah AS$ 18.50 setong dan dagangan terakhir susut AS$0.95 atau 4.8% kepada AS$18.83.

Kontrak penanda aras meningkat 17% minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent juga turun sebanyak AS$0.90 atau 3.4%, kepada AS$ 25.54, setelah menyentuh paras rendah AS$25.53.

Brent meningkat sekitar 23% pada minggu lalu selepas rugi selama tiga minggu berturut-turut.

Pasaran mendapat sokongan minggu lalu selepas pengeluar minyak utama yang dipimpin oleh Arab Saudi dan Rusia akan memulakan pengurangan pengeluaran pada 1 Mei.

Sementara dua pengeluar utama AS, Exxon Mobil Corp dan Chevron Corp, juga akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada suku tahun ini. – MalaysiaGazette