Home Nasional Bekalan air di Bukit Puchong pulih jam 6 petang ini

Bekalan air di Bukit Puchong pulih jam 6 petang ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Wilayah Sepang dan Petaling berikutan kejadian paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 dijangka pulih jam 6 petang ini.

Kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan pada jam 10 malam ini kerana kedalaman paip pecah melebihi 8 meter di dalam tanah yang memerlukan kerja pengukuhan ruang pembaikan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembaikan paip pecah dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, kerja-kerja korekan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat pada waktu siang hingga menyebabkan kerja-kerja pembaikan lambat disiapkan.

Air Selangor berkata, insiden paip pecah ini pada awalnya telah menyebabkan gangguan bekalan air di 40 kawasan.

Tetapi setelah penyaluran bekalan air alternatif berjaya disalurkan dari sumber lain, kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah berjaya dikurangkan kepada 17 kawasan.

Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki di Bandar Bukit Puchong bagi membantu para pengguna yang terjejas. – MalaysiaGazette