Home Nasional Sentiasa pakai penutup hidung walaupun bukan wajib – Noor Hisham

Sentiasa pakai penutup hidung walaupun bukan wajib – Noor Hisham

Gambar Hiasan. foto AFFAN FAUZI, 15 MAC 2020

PUTRAJAYA – Orang ramai digalakkkan agar sentiasa memakai penutup hidung ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Nasihat itu diberikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, meskipun ia bukanlah satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ia adalah sesuatu yang digalakkan.

“Memakai mask adalah digalakkan, ia bukan kewajipan tapi ia sangat digalakkan teruatamanya kalau kita berada di kawasan awam dan ramai orang.

“Kita menggalakkan mereka memakai “mask” tapi ia bukan satu syarat,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah orang ramai yang mengambil mudah selepas kerajaan kini membuka fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Hari ini ramai yang mengambil kesempatan keluar rumah selepas kerajaan pada minggu lalu melonggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKPB.

Dalam pada itu Noor Hisham turut mengingatkan agar orang ramai sentiasa mengamalkan penjarakan sosial satu meter antara satu sama lain apabila mereka berada di khalayak.

Katanya, langkah itu boleh mengelakkan penularan Covid-19 dan mereka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) KKM dengan menjaga kebersihan diri dan sering mencuci tangan. – MalaysiaGazette