KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) kesal dengan tindakan Mahkamah Majistret Putrajaya yang tidak membenarkan wartawan dan petugas media membuat liputan di sidang mahkamah terbuka.
NUJM menerima laporan wartawan dan petugas media dilarang membuat liputan di mahkamah terbuka ketika pendakwaan terhadap Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.
Setiausaha Agung NUJ Malaysia, Chin Sung Chew berkata, NUJ pendapat tindakan itu adalah salah satu cara menghalang tugas wartawan daripada bebas mendapatkan maklumat walaupun ia membabitkan anak ahli politik mahupun orang ternama.
Selagi wartawan tidak melanggar peraturan mahkamah, larangan tersebut boleh dianggap satu penindasan kepada tugas wartawan untuk mendapatkan berita yang diperlukan.
”NUJM membantah larangan seumpama ini yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan media yang sepatutnya apatah lagi ia berlaku di mahkamah yang menjadi lambang keadilan di negara ini.
”NUJM berharap supaya semua pihak lebih prihatin, bersikap profesional dan memahami tugas wartawan yang melaporkan untuk disalurkan kepada pengetahuan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tegas Chin, Malaysia adalah negara demokrasi dan media berperanan untuk melaporkan apa yang dilakukan oleh mahkamah dalam menjalankan tugas keadilan terhadap rakyatnya.
Sehubungan itu, NUJM menggesa penjelasan daripada pihak mahkamah berhubungan larangan itu, memandangkan tiada sebarang alasan diberikan ketika wartawan diminta untuk tidak membuat liputan di mahkamah terbuka.- MalaysiaGazette
sebelum ni pun ada larangan oleh mahkamah utk halang dan hadkan media masuk sebab covic19…tak jadi isu pun…tetiba je bila anak Zahid hang duk melalak..NUJM tak payah jd keldai politik laaa…rakyat meluat! tak percaya lg dgn kebebasan akhbar
hahhahaha..
kepala bapak ko la,
nie musim penyakit la bodoh,
benda2 kecik xpyh la nk beso2kan,
org takut ko tu berpenyakit,
klau da berjangkit nt ko mana nk mengaku,
ko tahu salahkan org lain jek
sial betul la ko nie