Home Dunia Hubungan China, AS mengecewakan – White House

Hubungan China, AS mengecewakan – White House

WASHINGTON – Hubungan Amerika Syarikat-China adalah satu kekecewaan dan menghampakan, kata Setiausaha Akhbar White House, Kayleigh McEnany, yang menyoroti perselisihan yang semakin mendalam antara Washington dan Beijing mengenai koronavirus.

Ucapan tersebut, yang disampaikan semasa taklimat berita di White House.

China dan Amerika Syarikat saling mempertikaikan mengenai punca wabak Covid-19 yang telah membunuh dan menjangkiti ratusan ribu orang di seluruh dunia.

“Sekarang ini adalah hubungan kekecewaan dan kehampaan,” kata McEnany, yang mendakwa China menyembunyikan maklumat mengenai virus tersebut.

“Presiden telah mengatakan betapa kecewanya beliau terhadap beberapa keputusan China yang membahayakan nyawa orang Amerika,” tambahnya.

Kedutaan Besar China di Washington belum mengulas mengenai kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette