Home Politik Masing-masing rindu nak jadi menteri..

Masing-masing rindu nak jadi menteri..

Dr Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – UMNO akan kekal sebagai sebuah parti berprinsip dan memperkukuhkan parti untuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan, Muafakat Nasional adalah masa depan negara dan harapan baharu rakyat Malaysia.

”Bukannya sebuah kerajaan yang terajui parti yang suka melompat sana-sini,” katanya yang mengulas mengenai kenyataan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu parti itu bersama Pakatan Harapan semula.

Najmil berkata, Bersatu sudah mula goyang dan tidak habis-habis meroyan memujuk ahli-ahlinya kembali ke PH.

Secara sinis, katanya, masing-masing dalam PH sudah rindu hendak jadi menteri.

”Jadi maksudnya kerajaan PN akan runtuh jika semua MP Bersatu kembali ke PH? ‘Siapa tak nak jadi Menteri walaupun takde sijilkan?,” katanya. – MalaysiaGazette