Home Akhbar Cina Mampukah Mulan selamatkan panggung Malaysia?

Mampukah Mulan selamatkan panggung Malaysia?

Keadaan semasa di sekitar Jalan Bukit Bintang pada hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 06 MEI 2020.

PETALING JAYA – Ketika kebanyakan industri dibenarkan beroperasi semula mulai 4 Mei, penggung-panggung di seluruh negara masih ditutup sehingga ada orang yang berasa samar-samar dengan industri hiburan itu.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai, panggung-panggung Malaysia hanya akan mengalami detik pemulihan mulai Julai dan memerlukan antara enam hingga sembilan bulan, malahan lebih lama untuk kembali semula ke landasan yang sepatutnya.

Katanya, wayang-wayang sensasi seperti Tenet yang arahan Christopher Nolan serta filem Disney yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Mulan akan ditayangkan pada Julai.

Dua filem itu justeru diharapkan dapat memberi nafas baharu kepada panggung wayang Malaysia, sekali gus menstabilkan industri itu.

Kata Oon Lai, perniagaan panggung bagaimanapun dijangka hanya akan kembali ke landasan normal pada akhir tahun.

Ketika menerima wawancara Sinchew Daily, Oon Lai berkata, COVID-19 telah memberi tamparan kepada industri perfileman global dengan pasaran dunia ditutup dan pengedaran filem sepanjang tahun terjejas teruk.

“Sesetengah filem popular terpaksa ditundakan, malahan ada penayangan yang dilewatkan sehingga 2021.

“Oleh itu, apabila panggung dibuka semula nanti, akan ada satu tempoh yang mana kita akan menyaksikan kemunculan produk yang terhad. Pihak pawagam perlu mendepani keadaan ini dengan inovatif,” katanya kepada Sinchew Daily.

Jelasnya, dalam keadaan pendapatan sifar, panggung terpaksa mengurangkan kos sedaya upaya termasuk mempertimbangkan penolakan gaji sementara menjaga kepentingan pekerja.

Katanya, insentif kerajaan juga akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengekalkan pekerja.

Ujarnya, antara pakej pengurangan kos yang diteliti termasuk mengurangkan masa operasi selepas ini dan menyelaras semula program promosi.

Oon Lai bagaimanapun percaya penggung-panggung Malaysia akan kembali dinamik selepas ini.

“Hakikatnya, orang Malaysia suka menonton wayang. Industri panggung menarik lebih 80 juta kunjungan pada 2018 dan 2019.

“Pada masa depan, kami akan menyediakan suasana yang lebih selamat dan perkhidmatan bermutu, sekali gus menyediakan pengalaman lebih baik untuk pelanggan,” katanya.

Menurutnya, langkah keselamatan yang akan diambil termasuk menyukat suhu pelanggan, menetapkan jarak sosial, menambahkan waktu rehat semasa pertukaran filem dalam panggung untuk membolehkan kerja pembersihan serta menyediakan hand sanitizer. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.