KUALA LUMPUR – Pemendekan sidang Parlimen Mei kepada sehari sahaja bermakna pembangkang kini perlu menunggu sehingga Julai untuk undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walau bagaimanapun, penganalisis politik berpendapat kerajaan pimpinan Muhyiddin adalah kurang stabil, malahan masih menjadi persoalan sama ada kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mampu bertahan sehingga Julai.
Penganalisis berpendapat, selain pembangkang, undi tidak percaya juga boleh datang daripada parti pemerintah termasuk UMNO.
Oriental Daily melaporkan, Muhyiddin kini menguasai 113 kerusi manakala Pakatan Harapan mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen termasuk wakil rakyat bebas pada masa ini.
Ketua Biro Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, walaupun Speaker boleh menolak usul tidak percaya ke atas Muhyiddin dalam persidangan Dewan Rakyat pada Julai, tetapi setiap rang undang-undang dan juga pembentangan Bajet 2021 boleh menjadi “undi tidak percaya.”
Katanya, undi tidak percaya itu juga boleh berasal dari Pakatan Nasional dan juga UMNO, khususnya selepas timbul suara tidak puas hati berhubung pengagihan jawatan.
Chin Tong melihat UMNO terdiri daripada dua kem iaitu kem Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyokong Muhyiddin dan juga kem Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kedudukan Muhyiddin mungkin tergugat jika kem Najib menentang di Parlimen,” katanya.
Menurutnya, satu lagi faktor penting dalam perkembangan politik tersebut adalah perbicaraan kes Najib.
“Keputusan kes Najib termasuk kemungkinan beliau dipenjarakan akan mengundang reaksi daripada Muhyiddin dan UMNO. Ia akan memberi kesan kepada keadaan politik,” katanya.
Penganalisis politik, Dr. Phoon Wing Keung pula berkata, Muhyiddin setakat ini hanya memperoleh sokongan satu per tiga atau satu per empat daripada UMNO khusunya melalui pemimpin seperti Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin yang agak “berjauhan” dengan kem Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Undi tidak percaya justeru tidak semestinya dari pembangkang, segelintir Ahli Parlimen UMNO juga boleh tidak mengundi atau tidak hadir.
“Dengan menarik balik sokongan mereka, maka kerajaan Muhyiddin akan tumbang,” katanya. – MalaysiaGazett
Tujuan asal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional ialah untuk mengelakkan gabungan Pakatan Harapan yang diterajui dan dimanipulasi oleh DAP memporak perandakan status quo di Malaysia.
Majoriti rakyat menyedari dan menyokong PN. Jadi analisis orientalis sokongan dap adalah tidak menyekoh dan hanyalah ‘self service’ propaganda politik seperti berlaku sebelum pru15!
Tu lah padahnya bergabong dgn geng penyamun yg pantng ada peluang nak cantas.. Umpama melepas anjing tersepit
Itu lah pengkhianat.
Bukan saja hati nya rosak.
Bahkan jiwa & cara kerja nya juga rosak.
Ingat & sedarlah..
Mahu kah kamu@golongan pengkhianat
– Muhyidin.
– Pemimpin Bersatu yg bersubahat dgn Muhyidin.
– Azmin Ali & pemimpin Pkr yg bersubahat.
Kamu akan diingati dalam sejarah tanah air sebagai pengkhianat oleh anak cucu nanti.
hahhahaha..
yg percaya bulat2 teori nie pun bodoh jgk,
teori nie bleh jd btul n bleh jd xbtul,
nama pun teori,
pulak tu si pad penipu punya teori,hahhaha
lagi 1,dah ko pegi tanya kt si pad penipu,
mmg musuh dia la yg dia buruk2kan,
xkn si pad penipu nk puji dan ckp amno setia pada pn plak,
hanya yg bodoh je percaya kt si pad penipu nie,
dah mcm2 aset negara dilelongnya,
ekonomi negara dihancurkannya,
hutang negara dia bodoh2kan semua,skrg da jadi berapa,
kebajikan rakyat pun byk yg dikurangkannya dan cuba dihentikannya,
cukup,cukuplah menghancurkan negara
sudah tiba masanya rakyat buka mata
fikirlah demi agama,bangsa dan negara
Klu mata dan hati dah buta. Apa yang Dap buat semuanya bagus walaupun terang2 dasar dia Anti Islam dan Melayu. Bodoh Piang. Ini lah kerja RBA. Kahak Ptuiii
Ada kajian dibuat yg kata majoriti rakyat sokong PN. Bila kajian dibuat, oleh siapa dan apa kata rakyat sebenarnya?