WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memindahkan empat pasukan artileri peluru berpandu Patriot dan berpuluh-puluh tentera yang dikerah ke Arab Saudi ketika ketegangan dengan Iran meningkat, menurut satu laporan.
Aset ketenteraan itu dihantar ke Arab Saudi selepas satu serangan dilakukan ke atas kemudahan minyak di negara tersebut.
Riyadh dan Washington menyalahkan Iran ke atas serangan tersebut, yang mana negara tersebut menafikan mempunyai sebarang kaitan di samping beberapa serangan terhadap kapal tangki minyak di Teluk Parsi yang berlaku beberapa bulan lalu sebelum serangan ke atas kemudahan milik Aramco itu.
Selain menarik balik sistem Patriot dan tentera, AS telah menempatkan semula dua skuadron pesawat pejuang dan menimbang untuk mengurangkan kehadiran tentera lautnya di Teluk Parsi, menurut agensi berita, Anadolu yang memetik Wall Street Journal.
Penarikan balik Patriot sedang dilakukan dan berdasarkan keyakinan ‘beberapa pegawai’, Iran ‘bukan lagi merupakan ancaman serta merta kepada kepentingan strategik AS’, katanya.
Pagawai itu berkata, perancang di Pentagon percaya aset itu perlu dipindahkan bagi menghadapi cabaran lain, termasuk perluasan peranan China di Asia, menakala yang lain percaya pemindahan itu akan menjadikan Iran lebih berani, khususnya ketika pentadbiran Donald Trump meneruskan polisi ‘tekanan maksimum’ ke atas Tehran.
“Mendasari tekanan ke atas Iran dan kecenderungan untuk bertindak menarik tentera ketika hanya jalan keluar cubaan untuk mengurangkan tekanan yang masih wujud dengan kempen tekanan maksimum.
“Selagi kempen tekanan maksimum diteruskan, terdapat perasaan bahawa kita memerlukan penangkis yang baik untuk menghalang Iran daripada berkelakuan buruk di wilayah itu,” katanya. – Agensi