KUALA LUMPUR -Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang dilantik sebagai pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat-kuasa 1 Mei lalu.
Menyertai Ahli Parlimen Simpang Renggam ialah empat ahli yang terdiri dari Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Datuk Ab Rakib Ahmad, Datuk Ahri Hashim dan Dr. Shahridan Faiez.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, seramai tujuh lain orang juga telah dilantik sebagai Ahli majlis Mara yang baharu berkuatkuasa 15 Mei ini.
Kesemua tujuh orang yang dilantik itu ialah Prof. Datuk Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Datuk Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Datuk Sr. Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Nor Azri Zulfakar.
“Pihak kementerian yakin kesemua Ahli Majlis Mara yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan Mara dalam membangunkan Bumiputera,” katanya. – MalaysiaGazette