Home Dunia Covid-19: Itali rekod lebih 30,000 kes kematian, tertinggi di EU

Covid-19: Itali rekod lebih 30,000 kes kematian, tertinggi di EU

KEs kematian akibat koronavirus baharu di Itali tinggi. foto Agensi

PARIS – Itali menjadi negara pertama Kesatuan Eropah yang merekodkan lebih 30,000 kematian akibat koronavirus.

Ia melaporkan sebanyak 243 kes kematian pada hari Jumaat, susut berbanding 274 pada hari sebelumnya, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,301.

Angka kes positif harian juga susut kepada 1,327 menjadikan jumlah kes jangkitan sebanyak 271,185.

Kelonggaran sekatan telah mula dibuat di beberapa daerah tetapo seorang doktor menyifatkan Milan sebagai ‘bom jangka.” menurut laporan media tempatan.

Itali pula adalah negara ketiga tertinggi kes kematian akibat Covid-19, selepas Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Britain merekodkan 30,000 kes kematian pada hari Rabu manakala Sepanyol pula negara ketiga dalam kesatuan itu dengan 26,000 kes korban.

Itali adalah negara pertama di Eropah yang melaksanakan sekaran perjalanan selepas kes pertama berlaku di utara pada bulan Februari lalu.

Beberapa langkah sekatan telah ditarik balik apabila pada minggu ini, penduduk Itali dibenarkan beriadah untuk pertama kalinya dalam beberapa minggu, dengan syarat melaksanakan penjarakan fizikal dan memakai penutup mulut dan hidung.

Gereja-gereja Katolik juga bersiap sedia untuk dibuka semula pada 18 Mei, tetapi akan ada penjarakan sosial yang ketat.

Begitu juga dengan agama lain.

Walau bagaimanapun, sekolah, pawagam dan kebanyakan kedai akan ditutup dan semua perhimpunan awam masih dilarang.

Restoran dijangka mula membenarkan pelanggan duduk di meja pada bulan Jun.

Walaupun beberapa sekatan tetap berlaku, gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai di kawasan sibuk mengabaikan peraturan penjarakan sosial dan tidak memakai penutup hidung dan mulut sehingga menimbulkan protes.

Massimo Galli, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Sacco Milan bimbang kelonggaran sekaran akan menimbulkan masalah.

Dia berkata: “Kami mempunyai jumlah yang tinggi individu dijangkiti semula”.

Pesuruhjaya Coronavirus, Angelo Borrelli memberi amaran kepada masyarakat bahawa tindakan pencegahan akan “diperkuat” jika virus tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih”.

“Kami memantau perkara dengan teliti,” katanya. – MalaysiaGazette