MALAYSIA adalah sebuah negara yang mempunyai diversiti dan kaya dengan khazanah alam sama ada di darat mahupun di lautan yang terbentang luas. Rakyatnya yang beradab dan bersopan santun selain negara yang aman sudah tidak asing lagi di mata dunia. Sebut sahaja nama Malaysia pada pelancong asing, sudah pasti mereka akan memuji negara kita. Bukan sahaja warga asing datang untuk melancong malahan ramai warga asing memohon untuk bekerja di sini yang dianggap sebagai lubuk pekerjaan berbanding di negara mereka.
Lambakan pekerja asing sama ada masuk secara sah atau pendatang asing tanpa izin (PATI) ini telah banyak mendatangkan keresahan dan ketidaktenteraman penduduk tempatan. Rata-rata PATI dari China, India, Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina dan lain-lain telah banyak membuat onar
di dalam negara kita dan ada di antara mereka yang sudah bertapak berpuluh tahun sehingggakan ada yang sudah bersenang lenang berniaga sehingga wujud persaingan tidak sihat antara warga tempatan.
Perkara ini sangat serius ditambah pula dengan isu IC palsu yang semakin berleluasa. Bukan itu sahaja, masalah pelarian Rohingya juga dilihat membebankan Malaysia dan rakyat tempatan. Mereka juga semakin besar kepala seolah-olah tanah air kita ini milik mereka. Kerajaan perlu meneliti dengan lebih mendalam latar belakang etnik Rohingya ini sebelum menerima lebih ramai pelarian Rohingya untuk masuk ke Malaysia.
Banyak cerita tidak enak tentang mereka dan rata-rata menyifatkan mereka sebagai pengotor dan tidak beradab. Jumlah yang ada di Malaysia sekarang juga membimbangkan rakyat. Lihat sahajalah di Selayang misalnya, daripada 22,000 jumlah penduduk, 16,000 merupakan warga asing. Hal ini juga meresahkan penduduk sekitar Bukit Malut, Langkawi, makin hari makin dibolot oleh pendatang asing ini bagai kaduk naik junjung.
Kerajaan perlu mengambil serius masalah ini sebelum tragedi Pulau Bidong berulang.
Untuk pengetahuan umum, Malaysia tidak menandatangani
Konvensyen Pelarian 1951 untuk melindungi pelarian secara tetap bagi menjamin kedaulatan negara namun mengizinkan mana-mana pelarian untuk transit di Malaysia sebelum dihantar ke negara ketiga. Isu IC palsu juga turut dibangkitkan oleh rakyat tempatan. Sejumlah besar warga dari China dan India masuk ke Malaysia tetapi tiada rekod keluar amat merisaukan. Mereka sanggup berbelanja besar untuk memiliki IC Malaysia.
Persoalannya, apakah agenda mereka untuk memiliki IC secara haram? Cadangan seperti menukar kad pengenalan yang baharu, perlu diperbaharui setiap 5 tahun seperti lesen memandu, mempunyai barcode dan tulisan Jawi sebagai dwi tulisan perlu dibertimbangkan oleh kerajaan.
Dalam kita berhadapan dengan peperangan Covid-19, pihak berwajib secara proaktif telah melakukan serbuan dan menangkap PATI atas maklumat penduduk sekitar. Hal ini perlu diteruskan dan diperketat bagi menjaga kedaulatan negara dari terus dinodai oleh pendatang asing di samping mencegah
penularan wabak Covid-19. Bagi mana-mana NGO yang mengkritik tindakan tegas kerajaan serta menuduh kerajaan bertindak zalim, mereka ini ibarat petualang dan pengkhianat kepada kedaulatan negara. Di manakah suara lantang mereka apabila warga asing melarikan diri dari pusat kuarantin?
Janganlah bermain politik sehingga menggadai dan menjual kedaulatan negara. Tiada kompromi dalam mendaulatkan sebuah negara yang bernama Malaysia. Harapan rakyat moga kerajaan dapat terus membersihkan pendatang haram ini dari bumi bertuah Malaysia.
Waalaikumussalam. Kepada Allah SWT kita berserah. Salam perjuangan.
Oleh: AIMAN JA’APAR, pembaca MalaysiaGazette
kerajaan xpayah layan ngo2 haram jadah yg hanya pentingkan periuk nasi sendiri,
kerajaan wajib bertegas dalam isu warga asing,
negara hari ini mempunyai masalah lambakan warga asing yg serius,
isu ini melibatkan keselamatan negara!!
cara hidup warga asing yg kurang ajar dan pengotor amat tidak mententeramkan
rakyat tempatan,