KUALA LUMPUR – Seperti yang telah dijangka, Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan bersara pada masa terdekat ini.
Walaupun sebelum ini, Kit Siang pernah berikrar akan bersara sahaja dari politik seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti jawatan Perdana Menteri.
Namun baru-baru ini, Setiausaha Biro Organisasi DAP, Vincent Wu pula berkata Kit Siang tidak dapat menunaikan janjinya untuk bersara dalam politik kerana Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan oleh Perikatan Nasional (PN) beberapa bulan lepas.
Ahli Majlis Tertinggi Pusat MIC (CWC), Veeran Muniandy melahirkan rasa terkejut dan hairan dengan jawapan Vincent Wu itu yang padanya seperti sengaja berdolak dalih serta cubaan memperbodohkan masyarakat umum.
“Sebenarnya saya memang terkejut tapi kemudian bila fikir balik tidaklah begitu terkejut mungkin terkilan kerana DAP seperti biasa akan membuat pusingan U seperti ini. Bukan saya cakap tapi ‘sejarah’.
“Kita juga dari awal terfikir akhirnya selepas semua kemelut, krisis dan drama politik sejak dua tahun kebelakangan ini reda malah kerajaan PH juga kini kembali menjadi pembangkang, rasanya Kit Siang akan bersara sahaja seperti janji pada awalnya.
“Tapi sangkaan itu meleset kerana kini ada pula alasan baharu, katanya kerajaan telah ditumbangkan jadi tidak boleh bersara lagi. Tidak faham saya sebenarnya, malah ramai di luar juga tidak begitu faham.
“Apa yang kita tahu, sebenarnya mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri yang membuat keputusan untuk meletak jawatan, mana pula kerajaan ini di tumbangkan? Tidak faham.
“Kemudian sekali lagi Tun Mahathir calonkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-8, tidak beri peluang kepada Anwar Ibrahim, jadi sememangnya itu bukan salah pihak lain sebenarnya. Jadi kenapa sekarang ceritanya lain pula? Sebelum tuding jari, tengoklah fakta kejadian dahulu,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.
Veeran mengulas kenyataan Vincent Wu yang mendedahkan ketika PN merampas kuasa melalui cara tidak demokratik hakikatnya sudah tidak ada jalan untuk Tun Mahathir serah kuasa.
Oleh yang demikian, agak mustahil juga untuk Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Putri untuk bersara lagi-lagi ketika ini sudah menjadi anggota pembangkang.
Soal Veeran lagi, mana letaknya syarat seorang ahli politik pembangkang tidak dibenar bersara.
“Adakah logik seperti ini untuk menyedapkan hati rakyat atau apa? Minta penjelasan wahai DAP.
“Saya tidak menuduh cumanya keliru dan terkilan juga, jadi mahukan sedikit pencerahan, penjelasan kerana sememangnya tidak begitu faham,” tegasnya. –MalaysiaGazette
Apek tua mabuk mana ada cakap betul
KIT SIANG MABUK BODOH BAHENOL MATI LA CEPAT