KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa hari ini menjalankan operasi memburu pendatang asing tanpa izin di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur dan flat Sri Murni yang kini masih diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Warga asing tanpa dokumen termasuk pemegang kad UNHCR palsu telah dibawa ke depoh Imigresen untuk siasatan lanjut.
Menurut sumber kepada MalaysiaGazette operasi yang bermula 7 pagi tadi adalah untuk memastikan semua pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur memiliki dokumen yang sah dan mereka tanpa dokumen akan dibawa ke depoh Imigresen serta merta.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberi jaminan kebajikan kanak-kanak akan dijaga.
“Kita akan pastikan mereka ditempatkan di depoh di mana ada kawasan keluarga dan tempat untuk kanak-kanak bermain,” katanya sambil meminta mana-mana pihak supaya bertenang.
Operasi tersebut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA.
Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette di kedua-dua lokasi itu mendapati trak-trak Imigresen membawa keluar kumpulan warga asing tanpa izin itu.
Mengulas lanjut, Dr Santhara berkata, operasi besar-besaran itu selaras dengan usaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang diterajui Tan Sri Annuar Musa untuk mengembalikan Pasar Borong Kuala Lumpur kepada pekerja tempatan.
Katanya, selepas operasi ni hanya 20 pekerja asing dibenarkan bekerja di pasar tersebut manakala kekosongan selebihnya iaitu 2,000 pekerja asing sebelum ini akan diisi oleh rakyat negara ini. – MalaysiaGazette
Terbaik YB Dato Seri
Best approach taken YBDS
Terbaek Tan Dri Annuar dan kerajaaan PN sekarang…teruskan ….Selangor bila lagi??
Please do the necessary to make our country safe.
Tahniah!!! Kerja yg hebat.
Moga dibuat di negeri lain juga
Di SABAH bila nak buat?adakah kerajaan persekutuan takut nak mengambil tindakan yg serupa?
Alhamdulillah,
cuma jgn dilupakan tempat2 lain,
sepatutnya kerahkan semua pihak berkuasa menjalankan operasi ke seluruh negara menangkap pendatang haram,pelarian serta pengguna ic palsu dan kad pelarian palsu,
tolong hantar balik semua yg melanggar undang2 negara,
xperlulah kerajaan nk denda2 lagi,
ini sekaligus boleh mengurangkan jumlah warga asing yg ada dalam negara