Home Utama ‘Saya tak yakin DAP begitu mudah hancurkan orang Melayu’

‘Saya tak yakin DAP begitu mudah hancurkan orang Melayu’

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan sekali lagi kenapa beliau meletakkan jawatan dalam partinya sebelum ini.

Penjelasan dibuat kerana mendakwa masih ramai orang belum faham kenapa beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia dibuat kerana majoriti pimpinan Bersatu termasuk presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Ramai tak faham kenapa saya letak jawatan? Sebenarnya saya letak jawatan kerana parti saya sendiri tolak saya, buat keputusan bertentangan dengan saya. Saya tak boleh kekal Pengerusi Bersatu, itu sebabnya kerana tindakan parti saya sendiri.

“Saya berpendapat keluar PH tiada asas yang baik kerana saya disokong sepenuhnya dalam mesyuarat, saya bebas tentukan bila saya mahu letak jawatan.

“Apabila keputusan dibuat (keluar PH) dapat sokongan penuh saya beritahu Muhyiddin, saya disokong penuh (oleh PH) apa sebab saya nak kuar PH?

“Tapi dia (Muhyiddin) berpendapat kita perlu keluar PH hari ini juga katanya atau Melayu akan dihancurkan oleh DAP. Saya tak yakin DAP begitu mudah hancurkan orang Melayu,” katanya dalam rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya hari ini.

Menurut Mahathir, selepas berfikir secara mendalam, beliau juga melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri dalam masa yang sama.

Namun kemudiannya, katanya, pimpinan Bersatu memujuknya kembali menjadi Pengerusi Bersatu.- MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Kamu apa peduli tdm. Dap dah pun memulakan usaha hancur melayu dan juga berjaya walau pun sikit. Asalkan kerabat dan kroni kamu selamat pada ko takpelah. Bila dah hancur hak melayu ko pulak nak pulihkan balik? POODAHH.

  2. Ini trade mark Mahadhir dari dulu, dia akan cube berfolak dalih untk mengaburi isu isu dimane beliau tersepit, untk menegakkan benang basah dgn cube mengambarkan beliau sedia berkorban. Dia dah ketingallan zaman org tak semudah ditipu lagi dgn drame pentasannye. Saya bersetuju dari dulu dia utamekan kepentingan legacy dan keluargenye org melayu dihina malas. Dia tak sedar anak beranaknya borm with a sliver spoon, jika tidak belum tentu mereka berade dikedudokan skg. So jgn takabur dan riak sgt, malah rakyaat skg dah muak dgn gelagat dan permainannye. Sayang sekali mungkin name yg baik diu akan bertukar menjadi pengkhianat kpd bangsa dan negara, satelah tinduk kpd permainan DAP dan sekutu mereka yg menyokong PKM.

  3. Nak seribu boleh, taknak beribu dalih. Ingat lah kenapa Allah gerakkan kita untuk berbuat sesuatu, atau kita nak nafikan kita minta maaflah sbb tersilap langkah. After though, ok now we got better reason. Tau ke apa doa rakyt masa Ramadhan ni… atau doa orang nak wat khianat…

  4. I can’t accept Mahathir’s views. It was obvious DAP was selling all the assets accumulated by DSN in Khazanah and Tabung Haji. The rakyat know that DAP wants to make the Muslims in this country as beggars(Pengemis) and at the same time make others rich and dominant.Alhamdulillah, if this change of government did not happen and PH is in charge for the whole of five years, the whole Muslim economy in this country would have collapsed. It does not take a rocket scientist to understand the economic situation in this country. I really agree 100% with the current PM(perdana menteri sekarang) when he thought “(Muhyiddin) berpendapat kita perlu keluar PH hari ini juga katanya atau Melayu akan dihancurkan oleh DAP”. PH is a toxic for our country. It will destroy the peace and harmony enjoyed by the rakyat ever since Merdeka. Regardless you like or not UMNO and BN has done a lot for the unity and peaceful co-existence of the rakyat in this country. Whatever government might come by in the future, UMNO, PAS and BN must have a greater say in the Malaysian parliament. May God save Malaysia and may peace prevail in this country.

  5. Brilliant TUN.. Berpandangan positif ataupon berprasangka baik spt yg dituntuk oleh agama…mereka yg gelojoh dan kecam TUN ni didorong oleh nafsu serakah spesis syaiton

  6. Berani bagi pendapt kena berani lh terima pendpt, jgn jd mcm setan sampai kiamat tak nak ngaku salah.. jgn lh pulak jd geng2 yg ada tokong dlm hati.. ingat setan pun sentiasa potitif dlm menyesatkan..

  7. Yang penting dan jelas kami mahu Tun M brsara dari politik dan jangan lagi ganggu kami. Kami merasa selamat sekarang di bawah kerajasn PN. Tak perlu susah susah untuk selamatkan negara ini dan bersendiwara. Lamu seorang tua yang sangat keju dan hina di mata. Lalau nak sanfatbantu DAP tu kamu masuklah DAP. Rakyat Malaysia cabar kamu. Bawa anak kamu sekali sebab kamu semua menyusahkan.

Comments are closed.