WASHINGTON – Kadar pengangguran di Amerika Syarikat yang disebabkan oleh penularan wabak koronavirus di dijangka lebih buruk.
“Angka yang dilaporkan mungkin akan bertambah buruk sebelum bertambah baik,” kata Steven Mnuchin kepada program Fox News Sunday.
Kadar pengangguran melonjak kepada 14.7% pada bulan April, lapor Jabatan Tenaga Kerja, lebih tinggi berbanding 10.8% yang direkodkan pada November 1982.
Mnuchin membayangkan White House akan memperkenalkan lebih banyak langkah fiskal untuk meringankan masalah ekonomi akibat wabak tersebut.
Tetapi, bantuan itu tidak akan diberikan kepada negeri-negeri yang diuruskan dengan “teruk”.
White House kini mendesak pelaksanaan pemotongan cukai gaji, tambahnya. – MalaysiaGazette