LONDON – Chelsea bakal kehilangan pemain muda, Charlie Webster yang kini menjadi buruan kelab Jerman, Borussia Dortmund.
Pemain pasukan kebangsaan England bawah 16 dan 17 tahun itu mempamerkan baik sehingga menarik perhatian Frank Lampard.
Namun rancangan itu mungkin tidak menjadi kenyataan memandangkan Dortmund turut mengikuti rapat perkembangan pemain itu.
Kelab yang menghuni tangga kedua dalam liga Bundesliga itu percaya ia mampu menawarkan Webster bermain dalam pasukan utama seperti mana dilakukan terhadap Jadon Sancho yang berhijrah dari Manchester City tiga tahun lalu.
Dortmund merupakan satu-satunya pasukan di Eropah yang berjaya mengetengahkan bakat muda di pasaran Eropah. -MalaysiaGazette