KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu telah menarik diri sebagai penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) selepas dua bulan beliau dilantik memegang jawatan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, ini kerana pada ketika Mohamad yang lebih dikenali dengan pangilan Mat Sabu memegang jawatan Menteri Pertahanan dan beliau dinasihatkan oleh Kementerian Pertahanan untuk menarik diri dari jawatan tersebut.
“Oleh itu saya berharap mana-mana pihak tidak lagi memainkan isu ini untuk agenda politik semasa kempen derma ini dilancarkan”, katanya dalam kenyataan.
Pada Sabtu lalu, KAFA meminta orang ramai dan penyokong-penyokongnya menghulurkan derma bagi melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28.
Menurut Ahmad Muzakkir, pihaknya tidak terlibat dengan agenda politik.
“Sudah tentu KAFA juga jika dibenarkan dan tidak menyalahi peraturan dan undang-undang ingin melantik mana-mana menteri yang sudi sebagai penasihat persatuan,” katanya. – MalaysiaGazette
Mat sabu jadi prnasihat?? Penasihat apa mat sabu ni..mat sabu tak lyk lh jadi pnasihat..dia tahu apa pasa bola sepak, dia tahu jnya janjo kosong, fitnah org tu org ni…lingkut kafa bg mat sabu jadi penadihat..jadi mntri ATM pun ke laut di buat nya…mat sabu mayak jadi penasihat 20% , dlm cerita 3 abdul..
GilA ke bg mangkok Ni sbg penasihat for what dpt imbuhan buta ke? Tengok dia Ni layak buat lawak politik atas pentas dhj Demi kelangsungan hayat politik dia shj!
Betul hamba setuju!
Betul setuju