Home Dunia Iran ‘serang’ kapal sendiri, 19 maut

Iran ‘serang’ kapal sendiri, 19 maut

DUBAI – Seramai 19 orang anak kapal Konarak disahkan terbunuh manakala 15 lagi cedera apabila kapal perang Iran yang sedang menjalani latihan secara tidak sengaja membedil sebuah kapal tersebut.

Kejadian berlaku semasa latihan di Teluk Oman, jalan air sensitif yang menghubungkan ke Selat Hormuz, juga laluan penting bagi kerja-kerja mengangkut satu per lima minyak dunia.

Iran kerap melakukan latihan di kawasan itu.

Frigat Jamaran, kapal perang Iran dikatakan telah membedil di lapang sasar yang dilepaskan oleh kapal sokongan, Konarak.

Tetapi ketika itu kapal tersebut berada terlalu dekat dengan sasaran dan terkena bedilan, kata penyiar IRIB.Kejadian itu berlaku di perairan pelabuhan Bandar-e Jask selatan Iran di Teluk Oman semasa latihan Angkatan Laut Iran petang Ahad petang.

Agensi berita Fars memetik sumber tentera yang tidak dinamakan menafikan beberapa laporan media Iran yang mendakwa Konarak telah tenggelam.

Bagaimanapun, kenyataan tentera laut menyatakan siasatan sedang dilakukan berhubung punca insiden.

IRIB menyatakankan kapal Konarak buatan Belanda, yang dibeli sebelum revolusi Islam Iran 1979, telah baik pulih pada 2018 dan dilengkapi dengan empat peluru berpandu pelayaran.

Kejadian itu terjadi ketika ketegangan meningkat antara Iran dan Amerika Syarikat sejak 2018 susulan tindakan Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear antara kuasa besar dan Iran.

Washington turut mengenakan sekatan ke atas Teheran. – MalaysiaGazette