Terdapat satu kes kematian hari ini daripada pesakit positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-109 itu direkodkan di Hospital Kuala Lumpur.
“Kes kematian itu merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.
Ia merupakan kes ke-6657,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Noor Hisham menambah, terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.