KUALA LUMPUR – Agrobank mengurangkan mengurangkan Kadar Asas (BR) kepada 2.60% dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) kepada 5.75%.
Selaras dengan semakan tersebut, Agrobank juga akan menyelaraskan Akaun Islamik Pulangan Tetap-i (FRIA-i) ke atas semua tempoh.
Penurunan itu seiring dengan langkah Bank Negara Malaysia yang menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas daripada 2.50% kepada 2.00%.
Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, BR dan BFR serta kadar keuntungan FRIA-i yang disemak semula oleh Agrobank akan berkuat kuasa hari ini. – MalaysiaGazette