Home Nasional Dewan Rakyat tak bersidang, hanya Istiadat Pembukaan YDPA

Dewan Rakyat tak bersidang, hanya Istiadat Pembukaan YDPA

Mohamad Ariff Md Yusof

KUALA LUMPUR- Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama satu hari pada 18 Mei ini hanya melibatkan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tiada sidang selepas Titah Diraja, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini.

“Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada Isnin 18 Mei 2020, jam 10 pagi- Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja. Pindaan ini adalah selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Jelas Mohamad Ariff, pindaan tersebut adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda sepenuhnya.- MalaysiaGazette