KUALA LUMPUR -Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei lalu memberi ruang kepada syarikat ibadah korban dan akikah, Ez Qurban Sdn Bhd memulakan operasinya semula.
Walaupun dalam tempoh PKP dari fasa 1 sehingga fasa tiga operasi hanya dilakukan di dalam talian namun tidak ada kakitangan di pejabat adalah tempoh sukar mengisi data secara kolektif keseluruhan.
Ini dijelaskan Pengurus EZ Qurban, Muhammad Hafesz Firdaus Toharudin ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves Centrepoint dekat sini baru-baru ini.
“Sejak hari pertama perlaksanaan PKPB kami telah menyediakan peralatan dan syarat-syarat yang digariskan oleh kerajaan dan pihak KKM untuk kesemua pekerja di premis ini mematuhi garis panduan (SOP) yang telah diwartakan.
“Seramai 27 orang petugas kami telah di bahagikan jadual waktu pengurusan kehadiran supaya matlamat utama PKPB ini memenuhi kriteria perlaksanannya. Kami juga membekalkan pekerja dengan surat rasmi syarikat untuk dipamerkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pemeriksaan perjalanan dari kediaman ke tempat bertugas,” jelasnya lagi.
Tambah Muhammad Hafesz, Program Prihatin Ummah (PPU) 2020 giat diusahakan penyertaannya khusus di dalam bulan Ramadan ini.
Pelaksanaan PPU tertumpu kepada ibadah aqiqah di luar negara dengan mengagihkan daging tersebut sebagai juadah berbuka.
Untuk rekod PPU Ramadan tahun ini sudah dilaksanakan di negara Bangladesh, Kemboja dan Indonesia.
Menurutnya beberapa negara-negara lain masih di dalam proses pelaksanaan sehingga tempoh pendaftaran berakhir 20 Mei ini.- MalaysiaGazette