Home Nasional Tun Mahathir keliru dan tertanya-tanya

Tun Mahathir keliru dan tertanya-tanya

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa keliru dan tertanya-tanya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin yang melepas tanpa membebaskan Riza Aziz.

Riza merupakan anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sambil meminta maaf kepada hakim yang membuat keputusan tersebut, Dr Mahathir berkata, beliau tidak berniat untuk mempersoalkan perkara itu kerana mungkin ia dibuat berdasarkan undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu menimbulkan tanda-tanya dan mencetuskan kebimbangan kelak pada masa hadapan seseorang yang telah mencuri duit yang banyak dengan mudah dibebaskan semula kerana dia memulangkan duit tersebut.

“Adakah kita pada masa hadapan jika ada seorang pencuri curi duit dia kena tangkap dihadap makamah selepas itu dia kata tak apalah saya bagi balik duit itu balik, tak kan lah kita nak kata okaylah okaylah kita ambil balik, dia lepas,” katanya yang bersiaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, bekas perdana menteri itu berkata, beliau bukanlah pandai undang-undang tetapi dalam pengetahuannya tidak ada undang-undang yang membenarkan tindakan seumpama itu.

Artikel berkaitan: Anak tiri Najib lepas tanpa bebas

Katanya, kekhuatirannya itu kerana banyak lagi pencuri di dalam negara ini dan jika asas tersebut menjadi pegangan maka mereka akan terlepas begitu sahaja.

“Dia curi bilion, dia bawa dengan lori bilion itu dia bagi balik kepada kerajaan, nah ini duit yang saya curi saya balik dan kita kata tak apalah dah bagi duit balik, tak apalah,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, keputusan sedemikian mungkin dipersetujui banyak pihak tapi tidak bagi beliau yang sememangnya susah untuk menerima perkembangan terbaharu itu.

Sambil berulang kali menegaskan beliau bukan mempersoalkan keputusan hakim dan tidak menolak kemungkinan akan dikenakan tindakan menghina mahkamah, tetapi sebagai seorang wakil rakyat yang terlibat dalam membuat undang-undang, tentunya beliau mengharapkan undang-undang tersebut berkesan untuk tujuan tertentu.

“Dalam jenayah kita ada undang-undang, tetapi saya tak ingat dalam undang-undang ada hukuman kalau kamu curi kamu bagi balik, okaylah tidak ada apa-apa,” katanya.

Dan, katanya, jika ada pun undang-undang seperti itu maka ia mungkin kena dipinda walaupun menurut beliau berkemungkinan Dewan Rakyat bersetuju dengan undang-undang tersebut dan hanya pembangkang yang membantah.

Dr Mahathir menegaskan, walaupun sudah tidak lagi menjadi kerajaan tetapi beliau dan pembangkang tetap mewakili suara rakyat dan beliau sendiri membangkitkan hal tersebut kerana ramai yang bertanyakannya tentang perkara itu.

“Sebenarnya rakyat pilih kami jadi kerajaan, tetapi sekarang kami bukan kerajaan. Matlamat kami untuk menentukan penjenayah akan dihukum.

“Saya takut lepas ini saya kena contempt of court dan dihadapkan ke mahkamah. Saya minta maaf bukan kritik hakim,” katanya.

Riza yang berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilepas tanpa bebas.

Artikel berkaitan: Persetujuan lepas tanpa bebas Riza, kerajaan bakal terima semula aset RM465.3 juta

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Dengan keputusan itu kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang dianggarkan berjumlah USD107.3 juta (RM465.3 juta).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, pihak pendakwaan berhak untuk mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai. – MalaysiaGazette

 

 

 

5 Komen

  1. Kedai roti Tun pekerja curi tak pulang tapi Tun tak lapor polis. Tun jika ada buat do it right from day one, sudah kakitangan awam dan rakyat malaysia lebih bertanggungjawab.

  2. Bodoh punya Medey…ko keliru pergi lah tanya dgn peguam lantikan DAP Gopal Sri Ram tu..tak pun ko tanya balik si Tommy Thomas tu…ni tak de kena mengena dgm hakim lah bahlol..ni permintaan Gopal Sri Ram..sedap mulut ko jer kata org lain mencuri..ko ni bodoh ke atau nyanyuk?? Duit tu datang dari Abraar Group lah..depa yh setuju utk melabur buat filem..ko pi lah tanya Abraar grop ceo tu..bukan si Reza tu pi curi duit…ehhh lupa plak…kes terowong Lim Guan Eng ko tak konpius ka? kes Forex yg ko leburkan berbillion ko tal konpius ka??? bodoh punya atok..

  3. Kalau keliru boleh panggil LKoya, Thomas, dan GRam jumpa Tun buat sesi penerangan akedemik. Tak puas hati lagi jumpa Hakim yang bicara untuk jadi saksi.

  4. “bagainaanapun, katanya, keputusan itu menimbulkan tanda-tanya dan mencetuskan kebimbangan kelak pada masa hadapan seseorang yang telah mencuri duit yang banyak dengan mudah dibebaskan semula kerana dia memulangkan duit tersebut.”

    Saya pun bimbang jugak bagaimana seorang negarawan boleh terjebak dalam kes pemberi an kontrek billion billion tanpa ada sikit pun perasaan bersalah terhadap rakyat yang bertungkus lumus utk hidup. tanpa sebarang pendakwaan..

  5. SAMURAI BONDS – INTEREST MURAH TAPI EXPOSURE FOREX 10X LIPAT. Siapa yg untung boleh buat hedging RM vs Yen Jepun. Kalau bukan barua ko si Tua tu. Orang tua nie sengaja buat lupa tahun 90 han dah ambik Samurai bonds dan negara rugi besar. Memang paedah rendah tapi kena ingat masa pinjam nilai tukaran yen rendah masa bayak yen naik 20%, habis potong interest yg rendah tu. Ujung ujung negara yg rugi.

    SATU DUNIA TAU HUTANG VIA SAMURAI BONDS INTEREST DIA RENDAH, tapi exposre forex terlalu besar. Ini ko tipu rakyat. Ko cuma kata bunga dia 0.2-0.5%. Ko pandai sebab dapat pinjam interest rendah. Ko tak citer masa bayar balik nanti kita akan rugi. MACAM YG JADI DITAHUN 90 HAN.

    Kenapa ko suruh Daim jer settle pasai project dengan China. Dia has full authority ko bagi dia. Kata nak transparency… F*** KO MADEY. Apa deals yg Daim buat, sorang pun tak tau. Its ur typical styles…nothing documented. Macam ko, kalau tulis minutes of approval mesti pakai pencil… Kalau apa jadi hang padam. Tuan penasihat… 20%….hehehe rakyat kena tipu lagi tapi dok pikiq hang hebat.

Comments are closed.