Home Dunia Bebas Covid-19, Kemboja masih belum sedia longgarkan sekatan

Bebas Covid-19, Kemboja masih belum sedia longgarkan sekatan

PHNOM PENH – Pesakit terakhir Covid-19 di Kemboja telah pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan negara tersebut bebas wabak berkenaan.

Wanita berusia 36 tahun yang berasal dari wilayah Banteay Meanchey itu dibenarkan pulang dari Khmer Soviet Friendship Hospital di Phnom Penh dan membuat sidang media atas talian hari ini untuk mengucapkan penghargaan kepada petugas-petugas kesihatan.

Walaupun telah bebas dan tidak merekodkan kes baharu sejak sebulan lalu, Kementerian Kesihatan mahukan rakyat terus berhati-hati.

Kerajaan juga tidak berhasrat untuk melonggarkan kawalan pergerakan termasuk penutupan sekolah, pemeriksaan dan kuarantin di pintu-pintu masuk sempadan kerana kebanyakan kes di negara berkenaan adalah disebabkan kes import.

Kemboja merekodkan 122 kes Covid-19 dan tiada kematian dicatatkan akibat virus berkenaan sejak ia muncul di Wuhan dan telah menjangkiti lebih 4.5 juta orang setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 12 April lalu.

Negara berkenaan telah melakukan 14,684 ujian saringan sejak Januari, tambahnya.- Agensi