Hidup tidak lekang dengan ujian yang melanda. Ada yang belum dikurniakan zuriat walaupun menanti sejak sekian lama, jodoh yang, ditarik nikmat kesihatan selain kesempitan harta benda.
Begitulah lumrah kehidupan yang menguji kekuatan seseorang insan itu saat dilanda masalah untuk mampu bertahan atau hati mula menyalahkan takdir.
Kisah wanita berusia 66 tahun ini meruntun jiwa satu demi satu dugaan datang bertandang dan terbaru dia menanggung kesakitan di ibu jari kaki yang luka kerana menghidap kencing manis.
Bulan lalu benar-benar memberi tamparan hebat buat Norziah Tharin kerana anak keduanya, Mohamad Sharizal, 44, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia kerana penyakit sawan.