TERKINI : 1 Kes Kematian Baharu Covid-19 Libatkan Kakitangan KKM

Sebanyak 73 kes wabak Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah didiscaj adalah sebanyak 5,512 kes atau 80.2 daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis melibatkan seorang wanita warganegara berusia 53 tahun.

“Beliau merupakan seorang kakitangan perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) di Sabah namun telah bercuti sakit disebabkan barah.