Seramai 750 wakil rakyat dan petugas yang menyertai sidang Parlimen pada Isnin sudah menjalani ujian saringan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tidak ada dalam kalangan wakil rakyat dan juga warga kerja Parlimen yang positif selepas saringan dilakukan.
“Semalam merupakan tarikh terakhir untuk semua wakil rakyat dan warga kerja Parlimen menjalani ujian saringan berkenaan. “Alhamdulillah setakat ini tiada kes positif,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.