Home Utama Tun Mahathir bebas duduk di mana-mana di Dewan Rakyat

Tun Mahathir bebas duduk di mana-mana di Dewan Rakyat

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Parlimen masih lagi berteka-teki tentang kedudukan wakil rakyat di Dewan Rakyat pagi ini.

Malah ada juga pihak masih keliru, tertanya-tanya di manakah tempat duduk Ahli Parlimen Langkawi yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ikutkan Pengerusi Bersatu itu akan duduk di blok pembangkang manakala Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula di blok kerajaan.

Ianya sudah menjadi perdebatan segelintir pihak malah ada juga ura-ura untuk tindakan disiplin diambil terhadap Dr Mahathir seandainya berani duduk di blok pembangkang.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya Dr Mahathir mahu duduk di blok pembangkang.

Kata beliau dalam pertemuan dengan MalaysiaGazette, perkara seperti itu berlaku di negara-negara lain seperti UK.

“Saya tidak rasa pelik langsung. Apa peliknya dalam perkara ini? Malah di UK sendiri, ada sahaja pimpinan duduk di blok pembangkang apabila tidak cukup sokongan.

“Dalam Parlimen, ahli Parlimen bebas untuk memilih duduk di mana-mana kerana mereka sebenarnya membawa suara dan mandat pengundi masing-masing. Ini tidak kena mengena dengan parti atau perlembagaan.

“Bukan ahli parti yang tentukan kedudukan dalam Dewan Rakyat tapi pegundi. Tun pula sebenarnya bawa mandat pengundi di Langkawi.

“Kena faham perkara ini betul-betul sebenarnya. Parti tidak boleh ambil tindakan kerana keputusan oleh Tun dalam perkara ini,” katanya.

Mungkin dalam lipatan sejarah  anggota dari parti yang sama tetapi duduk di kedua-dua blok yang bertentangan.

Sehingga saat artikel ini ditulis juga, dikatakan Dr Mahathir sememangnya akan duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sehari.

Sidang har ini juga hanya dilangsungkan untuk usul Titah DiRaja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melibatkan sebarang urusan lain.

Juga tidak akan ada sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dikatakan akan dibawa oleh Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Kalau itu macam, kenapa PKR mahu saman 10juta? Minta Marzuki tolong bagi sikit tazkirah pada Anwar.

  2. Letak dia duduk depan tandas. Sambil tu boleh kutip duit sebab ginatsndas.masik Tabung PH. Duit kutip yang dulu dah hilang kena saou dek penyangak.

  3. Ko uruskan sijil kau tu dulu biar tidak ada keraguan yang munasabah. Cambridge konon… Memang geng pembelit ngan pembohong. Eloklah kau geng ngan Madey ngan boboboi.

  4. Dia pernah tanya nak letak mana pelancong China yang datang malaysia masa awal covid 19….. kandang…

Comments are closed.