Home Ekonomi Ekonomi Jepun menguncup 3.4% pada suku pertama

Ekonomi Jepun menguncup 3.4% pada suku pertama

TOKYO – Jepun mengalami kemelesetan ekonomi buat pertama kalinya sejak 2015 berikutan pembiayaan kewangan koronavirus terus meningkat.

Ekonomi ketiga terbesar di dunia menguncup 3.4% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2020, menyusuli penurunan 6.4% pada suku terakhir 2019.

Ini mendorong Jepun berada dalam kemelesetan teknikal.

Wabak koronavirus telah mencetuskan malapetaka pada ekonomi global dengan anggaran kos sehingga AS$ 8.8 trilion.

Minggu lalu, Jerman terjerumus dalam kemelesetan ekonomi apabila lebih banyak ekonomi utama menghadapi kesan penguncupan berterusan.

Jepun tidak mengenakan sekatan perjalanan penuh tetapi mengisytiharkan darurat pada bulan April, menjejaskan rantaian bekalan dan perniagaan.

Pengguna Jepun pula terkesan dengan koronavirus dan kenaikan cukai jualan kepada 10% berbanding 8% pada bulan Oktober.

Para penganalisis pula meramalkan ekonomi Jepun menguncup 22% pada suku kedua tahun ini – penyusutan terbesar yang pernah dicatatkan.

Kerajaan Jepun telah mengumumkan pakej rangsangan bernilai AS$ 1 trilion dan Bank of Japan memperluas langkah rangsangannya untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan April.

Perdana Menteri, Shinzo Abe berikrar belanjawan kedua akhir bulan ini akan membiayai langkah-langkah perbelanjaan baharu untuk mengatasi masalah ekonomi. – MalaysiaGazette