KUALA LUMPUR – Mohd. Nidzam Adzha Yusoff menerima hadiah paling manis selepas membimbing skuad Lang Merah memenangi Piala FA malam Sabtu lalu apabila dilantik sebagai ketua jurulatih.
Nidzam Adzha sebelum ini memangku tugas tersebut selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan itu pada akhir bulan lalu kerana menyertai skuad kebangsaan.
Berita gembira itu disahkan oleh Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Jeffrey Low.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pelantikan jawatan itu sehingga akhir musim ini apabila kontrak semasanya tamat selain kedudukannya untuk musim depan bergantung kepada prestasi pasukan.
Ujarnya, KFA juga masih belum menawarkan kontrak baharu kepada jurulatih kelahiran Perkan itu dan kini dalam proses untuk menyediakannya.
Jeffrey menambah KFA masih meneruskan pencarian jurulatih lebih berpengalaman untuk membimbing skuad Lang Merah pada musim depan kerana mereka juga akan bersaing dalam Piala AFC. – MalaysiaGazette