PUTRAJAYA – Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah dihantar pulang diminta supaya mengambil iktibar daripada beberapa kes pelajar IPT yang telah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah, namun didapati tidak patuh kepada notis arahan yang diberikan.
Itu nasihat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, pelajar IPT yang ingkar sebelum ini telah melanggar arahan di bawah Seksyen 14, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,1988 (Akta 342). “Mereka ini juga kemudiannya didapati positif Covid-19.
Ini boleh memberi risiko jangkitan Covid-19 kepada orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan orang yang mempunyai sejarah penyakit kronik,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.