Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menulis surat kepada lebih 1,000 sekolah madrasah tahfiz persendirian yang masih belum tampil menjalankan ujian saringan Koronavirus 2019 (Covid-19) sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mendapatkan bantuan dan kerjasama Jakim untuk menyelesaikan perkara itu.