Home Nasional Penjelasan PERKESO berhubung makmal kontrak saringan pekerja asing

Penjelasan PERKESO berhubung makmal kontrak saringan pekerja asing

Dakwaan seorang pakar keselamatan jalan raya bahawa individu yang tidak mempunyai lesen memandu tidak layak menuntut sebarang faedah jika terlibat dalam kemalangan jalan raya tidak benar.

Kenyataan penuh Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr. Azlan Darus berhubung artikel ‘Ujian saringan: Perkeso patut benarkan makmal lain selain BP Lab’ dan ‘Mengapa hanya satu makmal diberi kontrak saringan pekerja asing?

KUALA LUMPUR – Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO telah diwujudkan bagi membantu pekerja yang memulakan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menjalani ujian Covid-19.

Ini adalah suatu usaha dalam membendung pandemik Covid-19 di Malaysia susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Sehingga kini, lebih 100,000 pekerja telah menjalani saringan sejak program ini dilaksanakan pada 27 April 2020.

PERKESO memandang serius mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pelaksanaan saringan Covid-19 dalam kalangan pekerja.

PERKESO telah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pematuhan garis panduan dan prosedur kepada pekerja, majikan dan penyedia perkhidmatan dalam menjalankan ujian Covid-19 di bawah PSP PERKESO.

Ini termasuk mengemaskini tatacara janji temu bagi mengelak kesesakan sewaktu proses saringan dan pemantauan
turut dibuat bagi memastikan kualiti perkhidmatan makmal memenuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PSP PERKESO dirancang untuk dilaksanakan melalui 2 kaedah ujian iaitu RT-PCR yang boleh dijalankan serta merta berdasarkan kemampuan pembekal sedia ada, manakala ujian RTK Antibody oleh klinikklinik panel PERKESO bagi peringkat seterusnya berdasarkan perbekalan.

Untuk itu, PERKESO telah melantik penyedia perkhidmatan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 melalui kaedah RT-PCR.
Lantikan ini telah dibuat melalui proses perolehan PERKESO setelah meneliti semua sebutharga yang telah diterima.

Sebanyak enam sebutharga telah diterima dan lantikan dibuat berdasarkan kriteria seperti tawaran harga, ketersediaan perkhidmatan, kapasiti perbekalan dan capaian perkhidmatan.

Perkara ini telah dihebahkan kepada media sebelum ini.

PERKESO seterusnya mengambil maklum berkenaan arahan kerajaan bagi saringan Covid-19 dijalankan melalui RT-PCR sahaja.

Untuk tujuan itu, PERKESO di dalam proses melantik pembekal-pembekal perkhidmatan dan klinik-klinik yang boleh memberikan perkhidmatan saringan bagi PSP PERKESO melalui kaedah ini.

Proses ini turut dipandu oleh KKM melalui mesyuarat bersama penyedia perkhidmatan yang akan diadakan. Pengumuman berhubung perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat.

PERKESO dari semasa ke semasa akan menambahbaik tatacara pengoperasian PSP selaras dengan matlamat bagi menjalankan saringan secara bersasar.

Pada masa ini, PSP PERKESO ditumpukan kepada pekerja asing di sektor pembinaan dan perkhidmatan keselamatan yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

Selain daripada ujian saringan, perlu diingatkan bahawa langkah-langkah pencegahan seperti penjarakan sosial, saringan suhu dan simptom serta amalan mencuci tangan merupakan langkah terpenting dalam mencegah penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Mengapa hanya satu makmal diberi kontrak saringan pekerja asing?

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Ujian saringan: Perkeso patut benarkan makmal lain selain BP Lab